PENGAMBILAN PELAJAR BARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN SESI 2013/14




PENGAMBILAN PELAJAR BARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN SESI 2013/14

Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Islam Negeri Kedah (MTAQ-YINK) dengan kejasama Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa pelajar-pelajar lepasan SPM yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran di MTAQ-YINK.

Program Diploma Tahfiz Al-Quran


Kelayakan Masuk
Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Belum berkahwin
c) Berumur tidak melebihi 21 tahun
d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam :
i) Bahasa Melayu
ii) Pendidikan al-Quran an Sunnah atau Pendidikan Syariah
iii) Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikas
iiv) Lulus Bahasa Inggeris, atau;
      Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengannya serta:
v) Lulus temuduga

Sistem Pengajian
Pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:
i) Kursus Teras Darul Quran - Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan pengajian Darul Quran.
ii) Kursus Umum Pengajian Islam - Kursus ini wajib diikuti oleh semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak menerima Diploma
iii) Kursus Syukbah - Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan iaitu :
a) Syukbah Qiraat

Download Borang Permohonan di sini
[ Download/BORANG.zip ] [ Download/BORANG.pub]
Sila hantar ke :

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN
YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH
JLN SULTANAH
05350 ALOR SETAR KEDAH

SEBELUM 6 APRIL 2013
CONTACT : 04-7327015 / 04-7327017

This entry was posted by Unknown. Bookmark the permalink.

Leave a Reply